About Me

My photo
First Moscow State Medical University, Russia

April 6, 2012

when the mirror speaks

salam
bismilahirahmanirrahim

waktu cuti adalah waktu untuk hibernasi yang tak berapa nak produktif i can say. tapi sejak prestasi pelajaran semakin menurun ni tentunya berhibernasi bukan pilihan logik walaupun hati tu melompatlompat macam nak roboh rumah tingkat 6 ni. cuba dan cuba dan cuba. Allah cakap tidak. tidak juga kan. adalah tu silap mana mana.

berjalan dengan ahli bulatan gembira siang tadi, saya yang masih bujang mendengar dengan khusyuk pandangan dan katakata seorang manusia tentang seorang wanita...lebih tepat, isteri.

tapi takpe, no problem. aku memang cool untuk apapun subjek. wehehe. (tahpape. padahal hati suka!)

ada satu kenyataan yang selalu dikongsi dalam bulatan gembira semester lepas. dan selalu buat aku terdiam bilamana ianya dikongsikan. kata murobbi, dalam apa jua perkara,letakkan cinta Allah yang pertama. then followed by cinta manusia. kalau dia yang engkau cintakan hanya melalaikan kamu, maka dia tak layak untuk kamu lah. dan sebaik baik cinta manusia itu adalah cinta yang mengingatkan dan mendalamkan cinta kau pada Allah.

dear fellow friends, kalau kita kena hidang dengan ayatayat bijaksana macamni, kita selalu pendang pada orang lain. betul tak?

okelah, mungkin bukan kamu, tapi aku. saya. yang menulis ni.

"whoooa, kalau camtu, sapa yang layak untuk aku?aku ni dah la ilmu cetek. mesti cari yang banyak ilmu ni.."



dan lepas ber saat-saat, logik akal pun kembali.


kenapa perlu menunding jari pada pasangan?
kenapa. kita. selalu harap jodoh kita adalah seseorang yang boleh mendekatkan kita kepada Allah tanpa kita sedari kita sendiri pun takda ciriciri macam tu.


oke berbelit. saya sendiri pun tak paham.

macam ni. macam keadaan bawah ni




dan pernah tak kita fikir yang mungkin bahawasanya orang lain turut berfikir benda yang sama. dan maybe, kita, i mean cik A dah banyak kali di-reject oleh orang lain atas sebab yang sama?


see ! kalaulah semua manusia berfikir begini...




jadi, wahai kawankawan. itu lah fitrah manusia yang suka menunding jari pada orang lain sebelum memandang diri sendiri. tak kira lah apapun isunya, tentang cinta? tentang jodoh? tentang kawan-kawan? apa sekalipun, ingatlah

ketika kita sedang menunding jari dengan satu jari telunjuk, jari jari lain sedang menunding ke arah kita.

jom sama-sama. kita berusaha jadi insan yang layak untuk orang lain, untuk orang yang dicintai , kerana Allah.

=)




1 ink-ers:

MunirahZaky said...

yeaaahh~~jom same2 iAllah~=)