About Me

My photo
First Moscow State Medical University, Russia

March 25, 2012

YouNameIt.

salam

bismilahirrahmanirrahim

i have a story to tell.

about a girl and a guy.name them with whatever name that crossed your mind. kamu punya suka.


oke lets start it with the girl's background. sang perempuan datang dari keluarga yang sederhana. tak terlalu kaya.tak terlalu miskin. orang kebanyakkan. orang biasa. ibu dan ayah adalah pekerja kepada pemerintah negara. ini juga bergantung pada kamu. corakkan saja pekerjaan ibu bapa sang gadis itu. be it guru? pensyarah? jururawat? pegawai kerajaan? apa saja. suka hati. semunya memang biasa. tetapi yang biasa ini tiba-tiba jadi luar biasa.




bila sang perempuan bertemu dengan sang lakilaki




saya tak peduli macam mana dan bagaimana mereka berjumpa dan berkenalan. belajar atau bekerja. boleh juga semasa membeli belah. atau ketika melepak bersama kawan di food court. pokok pangkalnya, mereka ini bercinta.


sehingga satu hari, encik lelaki mengajak cik gadis balik ke kampung halamannya. mengenal ibubapa. diamdiam merancang masa depan berdikit-dikit.

dan cik gadis?

gelabah!.
bukan tak suka tapi cuak! haruslah! bakal ibu mertua kott


maka seminggu sebelum itu sang perempuan sudah seperti cacing kepanasan. pikir-pikir pakaian apa yang harus dipakai sepanjang berada di kampung. mestilah mahu yang canti-cantik. yang kemas-kemas dan indah-indah. mahu menambat hati keluarga lelaki tersayang =)


dan hari itu tiba.

dari kota bandar ke ceruk dunia. biar saya reka KampungLembah sebagai destinasi.
7 jam perjalanan. merentasi simpang siur dan belukar. hutan hijau itu masih belum terusik. dan akhirnya tiba di perkarangan rumah encik lelaki.



dan hari itu cik gadis sedar.tidak semua mudah bagi dirinya.

kampung sama sekali tidak seperti di bandar atau kota.


sepanjang 25 tahun nafasnya di bumi Tuhan, ini pertama kali sang perempuan menjejakkan kaki ke sebuah rumah yang masih berdapur kayu. yang bergantung pada perigi untuk membersih diri. dan rumah yang berlampukan mentol kuning. semestinya rumah itu tidak sunyi dengan itik ayam yang sesuka hati membuang najis di anak-nak tangga rumah.


dan sang perempuan?


menggelabah lagi.
bukan benci. tapi tak biasa. janggal lebih tepat.



mari kita cerita di malam hari. selepas makan malam, baju yang dipakai basah lenjun kerana air basuhan pinggan untuk 9 adik beradik yang masih kecil-kecil.
dan disuruh memasang kelambu mencucuh ubat nyamuk.
sebelum subuh harus bangun membasuh beras untuk 12 ahli keluarga tidak termasuk dirinya sendiri untuk sarapan pagi nanti.


dan seminggu selepas Lawatan KampungLembah, encik teruna berkata;




'maaf, mungkin kita tiada jodoh. awak bukan untuk saya. kita tak sesuai.'




kerana sang perempuan tak pandai basuh pinggan. tak reti pasang kelambu dan mencucuh ubat nyamuk. tidak tahu masak nasi goreng dan tak reti nak chill di rumah ibu.
walhal, di mana peruntukan masa kamu beri untuk cik gadis menjadi pandai dalam dunia kamu itu?
seminggu 7 hari?


dan kau putuskan bahawa cik gadis yang telah Tuhan nafaskan dirinya 25 tahun di bawah jagaan ibubapanya di kota raya dengan 25 tahun cara didikan dan situasi pembesaran berbeza itu, 'tidak sesuai bagi aku'.



BAIK.




sekarang.cuba kamu baca semula cerita ini. dan kali ini saya minta kamu tukarkan watak perempuan itu kepada encik lelaki. kamu fikir-fikir, penyudahan cerita ini bagaimana?









arghh jiwa kacau. tak boleh chill.
exam beratur. bantu aku dengan doa please.






2 ink-ers:

Unknown said...

ini cool~

afiqah said...

cerita yang menarik :D sangat suka :)

insyaAllah, awak boleh nabila.. moga2 kita dapat buat yang terbaek untuk exam kali nie :)