About Me

My photo
First Moscow State Medical University, Russia

March 25, 2011

Jangan Catat Bahasa.

salam

bismilahirahmanirahim

"kenapa senyap?"

-"saje, malas nak cakap. takda apa nak cakap pun"

(itu perbualan saya dengan kawan hampir 2 minggu lepas)

nasib dia faham, tapi orang lain mungkin tidak. sukar rupanya orang lain mahu memahami jawapan seperti itu sedangkan ia mudah.
bercakap ialah perihal diri sendiri. Kita berhak bercakap, berhak juga berdiam.

tapi jika ada yang bertanya "kenapa?"
kita wajar menjelaskan tapi mungkin penjelasan itu sukar untuk difahami orang lain.

“Orang Melayu mudah di jajah kerana banyak bercakap. Pada zaman penjajah menguasai negara ini, mereka hanyalah mampu menguasai negara dan fizikal penduduk Melayu. Jiwa orang Melayu gagal di tawan. Dan puncanya adalah orang Melayu tidak banyak bercakap. Penjajah tidak dapat memahami budaya pemikiran orang Melayu. Mereka juga gagal mencari kelemahan orang Melayu yang ‘berat mulut’.”

sambung lagi,

“Jadi mereka mula berbaik-baik dengan orang Melayu. Belajar bercakap bahasa Melayu. Belajar menghormati orang Melayu dan adat budayanya. Dari situ mereka tahu dan dapat menyenaraikan kelemahan demi kelemahan orang Melayu untuk mereka menjajah pemikiran bangsa Melayu.”

dan sekarang agenda mereka berjaya. Menjajah tanpa perlu beperang. Panjajahan minda bangsa berlaku dengan jayanya. sangat awesome kan? tahniah kepada mereka.

dan kita jadi bangsa yang taksub dengan hiburan. pinggirkan agama, Bersikap terbuka dalam semua hal. Konon nak ikut trend dunia glokalisasi. kita label orang kolot pada mereka yang kurang bersuara dan mulalah bergaduh sesama sendiri.

seorang warga sastera Indonesia pernah berkata :

“pergaduhan kita sesama bangsa dan budaya lebih hebat dan lama daripada bergaduh dengan penjajargah di zaman dahulu.”

orang mudah membaca orang lain dengan bahasabahasa dan perkataan perkataan yang mereka lihat. Itu punca dari kita sendiri. Jangan salahkan pembaca kalau sifat pameran sendiri tunggang langgang.

orang juga menafsir pada mereka mereka yang tidak banyak bercakap.
Tapi itu hal mereka yang taktahu apa yang orang lain fikirkan.

Kawan, itu kita panggil sebagai prejudis, oke?

0 ink-ers: