salam
bismilahirahmanirahim
hey kalau lelaki zaman sekarang yang kalian temui semuanya hampeh. ye hampeh yang membawa kesan -ve dalam hidup kalian. berkuasa -ve lipatan ganda, takkan kalian mahu jadi -ve jua. saling menentang la beb. tak payah tunggu orang lain, diri sendiri dahulukan.
memang tak dinafikan Allah menciptakan sesuatu di dalam dunia ni berpasangan. no, generally not only human. binatang pun nak ade partner kan kan! yang kurus dipasangkan dgn yg gemok. yg comel dipasangkan dgn yg comot. bumi dipayungi langit. bulan dipagari bintang. eh eh. secocoklah!
kucing jantan dgn kucing betina. manusia jantan dan betina dah tak boleh nak beza. *konfius*
sesorang menengking saya dengan dasyatnya bila dia berkata "HEY memang dalam dunia ni Tuhan ciptakan manusia berpasangan." saya senyum.
"yang cantik dgn yang hodoh. yang blaa blaa blaa dgn boohoo hoo." saya setuju.
"yang baik dengan yang jahat." kali ni saya tak lagi tersenyum mengangguk.
ada sesiapa nak tolong sangkalkan bagi pihak saya? kalau macam tu kenapa mat rempit pasangannya bohsia? bukan mat rempit pasangannya ustazah penceramah bebas? logically speaking, Na'uzubillahi minzalik Allah akan pasangkan mereka bersama. kenapa? err, jangan marah dengan saya ouhkay.
"Eh tak! YANG BAIK MEMANG AKAN DIPASANGKAN DENGAN YANG JAHAT!!!!" eh eh marah bang? sabarlah.. saya cakap aje.. janganlah joget dangdut pulak. malu saye!
kita siapa untuk tahu keperibadian dalaman nurani dan jiwa insaniah seseorang? kau tahu ke yang sebenar mat rempit yang dapat ustazah tu siapa dia sebenarnya? dia seorang yang tak pernah tinggal solat, tak pernah derhakai kedua ibu bapa dia. tapi, dia terpaksa keluar malam lepak dengan crew-crew mat rempit lain malam hari demi mengelak diri dia dari bunuh diri. dia baik sebenarnya, sebab tu Allah temukan dia dengan ustazah penceramah bebas tu.
kalau dah dasar kasanova pakai perempuan touch and go siang malam, arak ngan teh pun dah takleh beza, hah. kahwinlah dia dengan bohsia seksi meksi sua ketat baju sendat cun melecun kulit mulus berhati baik pandai masak. (erk, apa saya ngarot ni?) eh perempuan tu baik, cakap lemah lembut apa kau nak eh bukan kau ajelah lelaki lain nak pun dia turuti. dia kan baik.. kau memang jahat, so pasangan kau seorang yang baik. begitu?
jangan salah mentafsir kalian..
bukan yang baik diciptakan untuk yang jahat. yang baik diciptakan untuk yang baik, cuma.. dalam kebaikan seseorang itu, ada kesilapan dan kelemahan dalam dirinya yang dikatakan 'jahat' itu. sebenarnya pasangan itu sama-sama baik. kelemahan dan kekurangan itu tidak membatalkan kebaikann mereka.
definisikan pada saya baik dan jahat yang dimaksudkan.
Firman Allah SWT
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Surah al-Nur, ayat 26]
Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti...(?)
*mmg entri ni agak ber-high-pitch bunyi nya.haha.
2 ink-ers:
couldnt agree more ;)
giler mantap la ustazah penceramah bebas~~
abes trase seisi alam~
wakakakak~
Post a Comment