salam
bismillahirahmanirahim
Pagi semalam, tengok History Channel pasal “dark matter” dan “dark energy”. Pok pek pok pek dia cakap walaupun saya cuma faham dalam 40% tapi best. heks.
Kemudian teringat satu gambar yang diambil dari Hubble Telescope baru-baru ni. Saya try Google balik tapi tak jumpa. Dekat Gizmodo mungkin ada. Tapi menurut description gambar tu, teleskop tu ditujukan pada satu spot yang paling ‘kosong’ di angkasa lepas. Boleh kata tak ada bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar.
Tapi bila gambar tu dah siap, kelihatan beratus-ratus galaksi pelbagai jenis dan warna entah dari mana-mana datangnya. Meremang bulu roma. Bayangkan. Kawasan yang paling ‘kosong’ pun berterabur galaksi sana-sini. Bukannya bintang, tapi galaksi.
MasyaAllah.
Bila terkenangkan kita golongan manusia akhir zaman yang sekelumit bertenggek di planet kecil ni, dibandingkan dengan alam semesta yang luas tak terjangkau fikiran tu…
otak saya yang power ni pun tak boleh nak hadam betapa besarnya kuasa Allah Ta’ala. Cukuplah kalau saya anggap kuasa Allah tu infiniti kuasa infiniti.
Jadi bila nak buat apa-apa pun, nak memandai-mandai itu ini, ambil kiralah kuasa Allah Ta’ala. Bertrillion lagi benda yang kita tak tahu, tak boleh digest dan tak terfikir. jadi kalau apa-apa ilmu dalam A-Quran dan Hadis tu jangan ambil simple je lah
Sebab esok-esok bila diungkaikan segala misteri di depan mata, baru masa tu la kita nak kata “Oh demm, aku tak tau!”
: )
2 ink-ers:
like it very much~
nabila tgk History!!
^_^
cehh, kene perli. dush2.
:P
Post a Comment